Tuesday, February 1, 2011

ini kisah benar.

"pukul 2030, dekat kedai kopi, Shah Alam."

"ok."

tepat pukul 8.30 aku sampai.fuhh.gila punctuality aku paling teruji ah tyme ni.sumpah tak pernah aku se'punctual' sebegini.betul.ini kisah benar.biasalah kalau dah janji Melayu, kau akan sampai paling awal pun mesti satu jam lambat atau tak datang langsung.=__='' oh! ini mungkin sebab nak selesai kan masalah rumah tangga dengan ajun gemok yang dah seminggu terbengkalai.tu lah.gaduh la lagi ye.T_T

kali ni bukan ke'punctuality' aku je yang teruji, tapi tahap kesabaran dan kegagahan aku jugak.macam biasa, janji Melayu.Ajun gemok datang setengah jam lambat.aku naik marah balik even dah seminggu lepas gaduh.ok.ok.kali ni tahap sabar aku memang teruji.aku terus amik belekberiberi dalam beg kat tepi, layan game mahjong dulu.tahap kesabaran kali ni dah di convert ke tahap fokus bermain game.betul.ini mungkin salah satu cara untuk hilangkan bosan tunggu Melayu yang suka berjanji-tapi-datang-lambat jugak.jadi.kau juga boleh cuba cara aku.

bila game mahjong aku dah sampai stage 3 yang tak pernah aku sampai sebelum ni.rasa bangga dan riak mula meningkat.-__-'' tak.maksud aku, bila dah sampai stage 3 aku memang tak suka diganggu dengan masalah dunia lain.tahap fokus perlu ditingkatkan.tapi malangnya, time tu jugak lah ajun gemok datang tibatiba ketuk cermin kereta.dalam hati aku..."what the....." -____-''

ok.ok.part selepas ajun gemok datang tak payah lah aku nak cerita.memang tahap disaster paling maximum.

biasalah......masalah rumah tangga. =___=

bila segala masalah dah diselesaikan secara jahat, (sila berfikiran baik) maksud aku, segala ketidakpuasan hati yang terbuku dalam hati sampai tebal dah macam buku FRS dah dikeluarkan sampai orang sekeliling pun boleh dengar.segala tenaga menjerit.memaki dan mencarut memang dah habis.

ok.kami rujuk semula.(sumpah.dengan cara paling-gila-romantik-shial)tak.aku tipu.


ini kisah benar.kedai kopi bukanlah tempat makan sebenarnya.kedai kopi memang menyediakan khidmat untuk pasangan boboy dan gigirl untuk bergaduh sampai semua masalah rumah tangga selesai.dan kemudian, kau boleh berambus dan makan kat kedai lain.

drive kereta menuju ke Wak Dol sebab tibatiba perut aku memang laparkan nasi-lemak-yang-pernah-tak-sampai-even-dah-order dulu.bukan main panjang name nasi lemak tu.ok.make it short.''NLYPTSEDO.''
paling terharu bila kali ni aku order, NLYPTSEDO kali ni sampai pulak.sedap.memang licin.dah kenyang, lepas ni boleh gaduh balik. bila NLYPTSEDO ni cukup baik rasenye, air dia pulak buat hal.teh o limau suam kau wahai Wak Dol sungguh masam.dengan erti kata lain, "baik kau ambik limau tu dan cucuk straw, serve kat aku."

dah pukul 11, balik rumah dengan hati bertaman.pergh.(dah mula dah ayat berbunga)

tak sempat ayat berbunga nak keluar.sampaisampai rumah, perut dah mula menggelegak gila vavi.ini kisah benar.sampai tak tidur malam duduk bertapa dalam toilet.cukup teruji iman aku kali ni.T_T

*tibatiba teringat yang aku makan NLYPTSEDO kat Wak Dol.mungkin kah dia penyebab?arghhh!



msg! kaka, mimpi aku betulbetul rupanya.
msg! nak lepak dengan rainbow sayeee.*serius!
msg! yeay.bil dah bayar.




No comments: