Saturday, November 12, 2011

ini serius.

..........................................................


Seriously.Aku rindu dia.

*caption : Lelaki dan Beg Purple Seorang Perempuan.
(hasil dari album basi)

eh.tak mungkin dia.
Aku rindu untuk menembak lagi.
Aku rindu menghasilkan phutu.
Aku rindu camera itu.
Tapi aku tak ada nafsu lagi.
Selamat Tinggal.


msg! perut, tolong cepat sihat.i'm dying.

Wednesday, November 9, 2011

Kutu MukaBuku.

*ini bukan kisah CintaMukaBuku.tapi kisah yang lebih hebat.

Mereka yang layak dipanggil Kutu MukaBuku adalah mereka yang menggunakan kemudahan update status dengan sepenuhnya.Setiap pergerakan.perbuatan.perasaan.juga buah fikiran lucah mereka akan diupdate setiap minit dan saat seperti dia saja yang hidup dan bernyawa atas muka bumi.OH.mempunyai hobi baru seperti memicit jerawat dan budaya sindir menyindir juga menjadi status kegemaran.

Mereka yang layak dipanggil Kutu MukaBuku adalah mereka yang menggunakan kemudahan nota mukabuku untuk menunjukkan kelemahan pemikiran sendiri.Mereka fikir idea dan ayat ayat yang mereka taip di nota mukabuku itu sangat bernas dan hebat sehingga kawankawan mereka yang lemah berfikir ini juga 'like' dan 'comment' tanpa berfikir jauh.Kelemahan berfikir disini merujuk kepada perkara perkara yang tidak sepatutnya difikirkan seperti menilai orang lain yang tiada kaitan langsung dengan hidup mereka lalu dinotakan.kasihan mereka.

Mereka yang layak dipanggil Kutu MukaBuku adalah mereka yang menggunakan khidmat messanges mukabuku untuk meluahkan segala caci maki yang terpendam di hati terhadap orang yang tiada kaitan langsung dengan hidup mereka secara berleluasa. Kehebatan mengguanakan khidmat messanges ini mungkin tidak dapat dilakukan oleh Kutu MukaBuku amatur. Aktiviti ini memerlukan sifat bermukamuka yang sangat tinggi kerana kegiatan jahat dan perangai lucah mereka tidak akan dapat dihidu oleh kawankawan mukabuku yang lain.


Mereka yang layak dipanggil Kutu MukaBuku adalah mereka yang menggunakan kelebihan profile phutu sebagai medium melacur diri.Mereka melacur diri dengan meletakkan phutu yang sangat mengiurkan kawankawan berlainan jantina juga bakal kawankawan mereka nanti.Mereka yang bertudung seperti tibatiba menjadi LadyGaga menunjukkan gaya lucah menjual diri tanpa Tudung Hana Tajima mereka.Eh.mungkin gambar tidak bertudung adalah sejarah 15tahun lepas ketika mereka masih berambut.Maka ia perlu ditunjukkan.

Mereka yang layak dipanggil Kutu MukaBuku adalah mereka yang sangat obses menjadi 'attention seeker.' Mereka akan cuba menjadi makhluk lain selain manusia berperangai normal dengan menunjukkan kelainan pada 'wall phutu', 'phutu album' dan tidak ketinggalan tajuk lucah dan ulasan lucah terhadap phutu.Mereka tidak sedar bahawa kelainan yang cuba ditunjukkan adalah sejenis kebodohan sebenarnya..kenapa tiada perkara lain dalam fikiran selain perkara lucah?kasihan mereka.

Mereka yang layak dipanggil Kutu MukaBuku adalah mereka yang menjadikan mukabuku panduan hidup.OH.panduan hidup dalam menilai kehebatan diri mereka dan dibandingkan dengan orang lain.Mereka juga akan berusaha menilai sejauh mana perhubungan cinta kawankawan mukabuku jika mereka 'in relationship'.Jika kekasih tidak pernah 'like' atau 'comment' pasangan mereka, maka pasangan kekasih itu tidak mempunyai perasaan cinta sebenarnya.Inilah teori yang akan terhasil jika hidup berpandukan mukabuku.kasihan mereka.


Biarkan kutu dengan mukabukunya.

Oh ya, sebenarnya aku sudah lupa apa fungsi mukabuku sebenarnya.
mungkin mereka juga.