Friday, December 9, 2011

Le Flora Gift Set super sweet yaw!

Hello people!
Mari rebut rebut Le Flora Gift Set yang superb sweet wew wew.Sangat lah sesuai kalau kau tak tahu nak bagi hadiah apa untuk kawan kawan yang berebut rebut nak kawin musim cuti sekolah ni.
Yay.Selain tu, Gift set ni sesuai jugak bagi kat parents masa birthday.eh.kalau tak birthday pon okay lah.
Yay.Kalau boboy nak bagi gift kat gigirl juga sesuai.yep.if kau nak gigirl kau wangi selalu.
Yay.untuk husband husband juga sila jangan kedekut hadiahkan kat wife okay. ^_^
OH! untuk diri sendiri pun boleh!yay!



A set of Le Flora Gift come with a box and paper bag. =)
PRICE : only RM 45 per set. 

*
market price biasa RM 65 - RM70. serius.

color box dia pun super sweet untuk dijadikan gift.


paper bag super elegant.


* a set of Le Floral Gift Set ada :
  • 2 botol shower foam wangian bunga Lotus dan Orkid. @ 300ml each.
  • 3 pieces of Lotus bar soap. @ 100gram each.
  • 3 pieces of Orchid bar soap @ 100gram each.
 * free delivery area Shah Alam. ;)


Thank you for visiting! ^_^

Thursday, December 8, 2011

coming soon : saya akan menjual di Belog.

Hello kawan!

seorang penganggur berjantina perempuan ini akan mula mengupdate jualan product secara online di Belog CeritaTentangAku.

ya.mungkin penganggur akan lebih termotivasi untuk hidup dengan perniagaan baru ini.

Please.do support me yaw. hihi.

thank you.

okbai.

Wednesday, December 7, 2011

six months six pack.

six months will be simplify in six points :

SIX : Seorang Jamil telah dihasilkan dalam masa enam bulan..ya.dan aku lah Jamil itu.TerimaKasih.
FIVE : Seorang Jamil telah banyak belajar dalam masa enam bulan itu.TerimaKasih.
FOUR : Seorang Jamil telah berpeluang melihat proses pembesaran bayi dalam kandungan.TerimaKasih.
THREE : Seorang Jamil telah berkenalan dengan Seketul kucing bernama manusia, Naimah.TerimaKasih.
TWO : Seorang Jamil telah berusaha menjinakkan Naimah, tetapi tidak berjaya. T_T. TerimaKasih.
ONE : TerimaKasih kepada semua kerana sedar tentang kewujudan Seorang Jamil di FnR.

*ini tipu.

*makanpercuma.

*ibu mengandung. -__-''

*hari tanpa ayam sedap kegemaran ramai.

*Naimah

*Papa John.Mama Cun. -_-''



msg! :)




Monday, December 5, 2011

Kisah Cinderella dan Kereta Kuda.

WOW.kemain tajuk fairy tale zaman muda mudi dulu.
mungkin tajuk entry patut ditukar kepada yang lebih moden :

"Kisah Dinosor Bertopengkan Perempuan dan Abang Kawasaki Idaman."

*akibat selalu mengorat Abang Kawasaki dekat traffic light pagipagi.
then i got my own Abang Kawasaki. -___-''
phewww.


betulbetul Abang Kawasaki datang tunggu depan rumah. T_T

wew.kemain dapat helmet.
thank you Junjun.

It was a great experience dude.
Dapat naik Kawasaki idaman hati selama ni.
Perempuan ini dah mula berangan nak ada sebiji haiwan tersebut sendiri.

OH! tak thrill lah kalau nak duduk belakang je kan?



okbai.




Saturday, November 12, 2011

ini serius.

..........................................................


Seriously.Aku rindu dia.

*caption : Lelaki dan Beg Purple Seorang Perempuan.
(hasil dari album basi)

eh.tak mungkin dia.
Aku rindu untuk menembak lagi.
Aku rindu menghasilkan phutu.
Aku rindu camera itu.
Tapi aku tak ada nafsu lagi.
Selamat Tinggal.


msg! perut, tolong cepat sihat.i'm dying.

Wednesday, November 9, 2011

Kutu MukaBuku.

*ini bukan kisah CintaMukaBuku.tapi kisah yang lebih hebat.

Mereka yang layak dipanggil Kutu MukaBuku adalah mereka yang menggunakan kemudahan update status dengan sepenuhnya.Setiap pergerakan.perbuatan.perasaan.juga buah fikiran lucah mereka akan diupdate setiap minit dan saat seperti dia saja yang hidup dan bernyawa atas muka bumi.OH.mempunyai hobi baru seperti memicit jerawat dan budaya sindir menyindir juga menjadi status kegemaran.

Mereka yang layak dipanggil Kutu MukaBuku adalah mereka yang menggunakan kemudahan nota mukabuku untuk menunjukkan kelemahan pemikiran sendiri.Mereka fikir idea dan ayat ayat yang mereka taip di nota mukabuku itu sangat bernas dan hebat sehingga kawankawan mereka yang lemah berfikir ini juga 'like' dan 'comment' tanpa berfikir jauh.Kelemahan berfikir disini merujuk kepada perkara perkara yang tidak sepatutnya difikirkan seperti menilai orang lain yang tiada kaitan langsung dengan hidup mereka lalu dinotakan.kasihan mereka.

Mereka yang layak dipanggil Kutu MukaBuku adalah mereka yang menggunakan khidmat messanges mukabuku untuk meluahkan segala caci maki yang terpendam di hati terhadap orang yang tiada kaitan langsung dengan hidup mereka secara berleluasa. Kehebatan mengguanakan khidmat messanges ini mungkin tidak dapat dilakukan oleh Kutu MukaBuku amatur. Aktiviti ini memerlukan sifat bermukamuka yang sangat tinggi kerana kegiatan jahat dan perangai lucah mereka tidak akan dapat dihidu oleh kawankawan mukabuku yang lain.


Mereka yang layak dipanggil Kutu MukaBuku adalah mereka yang menggunakan kelebihan profile phutu sebagai medium melacur diri.Mereka melacur diri dengan meletakkan phutu yang sangat mengiurkan kawankawan berlainan jantina juga bakal kawankawan mereka nanti.Mereka yang bertudung seperti tibatiba menjadi LadyGaga menunjukkan gaya lucah menjual diri tanpa Tudung Hana Tajima mereka.Eh.mungkin gambar tidak bertudung adalah sejarah 15tahun lepas ketika mereka masih berambut.Maka ia perlu ditunjukkan.

Mereka yang layak dipanggil Kutu MukaBuku adalah mereka yang sangat obses menjadi 'attention seeker.' Mereka akan cuba menjadi makhluk lain selain manusia berperangai normal dengan menunjukkan kelainan pada 'wall phutu', 'phutu album' dan tidak ketinggalan tajuk lucah dan ulasan lucah terhadap phutu.Mereka tidak sedar bahawa kelainan yang cuba ditunjukkan adalah sejenis kebodohan sebenarnya..kenapa tiada perkara lain dalam fikiran selain perkara lucah?kasihan mereka.

Mereka yang layak dipanggil Kutu MukaBuku adalah mereka yang menjadikan mukabuku panduan hidup.OH.panduan hidup dalam menilai kehebatan diri mereka dan dibandingkan dengan orang lain.Mereka juga akan berusaha menilai sejauh mana perhubungan cinta kawankawan mukabuku jika mereka 'in relationship'.Jika kekasih tidak pernah 'like' atau 'comment' pasangan mereka, maka pasangan kekasih itu tidak mempunyai perasaan cinta sebenarnya.Inilah teori yang akan terhasil jika hidup berpandukan mukabuku.kasihan mereka.


Biarkan kutu dengan mukabukunya.

Oh ya, sebenarnya aku sudah lupa apa fungsi mukabuku sebenarnya.
mungkin mereka juga.

Monday, October 17, 2011

Jangan makan seperti Panda.

Apa pula salah Panda kali ini?
Tak kira Panda gurun, Panda hutan atau Panda hitam..ya.maafkan aku kerana aku sendiri tidak pasti dengan jenis jenis Panda yang wujud.

Kehidupan panda sangat kasihan.
Apa kau rasa kalau makan nasi, dan keluar nasi juga?
Ya, begitu lah hidup Panda.
makan buluh dan keluar juga buluh.

Jangan hidup berlandaskan Panda.
Jangan makan dan menghasilkan makanan juga.
Jangan malu menghasilkan najis.
Kerana najis itu juga ada kebaikannya.


Copyright of ZielaRainbow.Blogspot.

Friday, October 14, 2011

Go! sana sini.

Week 1 : Pulau Perhentian, Terengganu.

*the place was awesome.
*foods sangat superbbbb.
*friendsss gila kentang.
*beachboy kemain pegang tangan.
*jerung, i miss you.





Week 2 : Felda Keratong 2, Pahang.

*the place errr boleh tahan lahh.
*their foodsss terbaik dari ladang.
*their peoples sangat mantoppp.
*Happy family! yay.








Week 3 : Balik Pulau, Georgetown, Pulau Pinang.

*with love.
*awesome.awesome.awesome. <3
*will post later.





phewwww~




msg! week 4 : demam. T_T 


kucing dan Nepal

.............................................................
Apa salah kucing?
Kenapa pula Nepal disalahkan?
Tiada apa yang lebih kejam melainkan kejadian Nepal memakan kucing.
Lalu berita tersebar di kalangan penggemar kucing.
Penggemar kucing sedunia akan marah, lalu kecewa.
Bila itu berlaku, Nepal mungkin tidak akan makan kucing lagi.
Kehidupan kucing tidak terganggu, lalu mereka hidup dengan gembira.

Pembenci kucing akan kecewa.
kenapa Nepal tidak makan kucing sehingga pupus?


ok.aku speechless.

.......................................................................





Tuesday, September 27, 2011

entry lajulaju. edisi : jiwa kelajuan.

OH! lately jadual hidup gua sebagai seorang perempuan tak duduk rumah sangat padat.

yes.rumah.bilik.tilam empuk.patrick pink gemok.dan toto bunga *jambu hanya menjadi tempat persinggahan sementara waktu malam.

tiada lagi hidup di laman sesawang sosial dan alam maya.hew.hew.

ini lah hidup sebenar gua sebagai seorang perempuan tak duduk rumah.

oh.okbai.


msg! happy birthday abah. <3
msg! selamatpengantinbaru cicip. <3 =')
msg! kami sangat bahagia.
msg! byebye shah alam.again. wutt.wutt.

Monday, September 12, 2011

bottled up feelings.

*LAMA tak menconteng dinding belog.

*LAMA tak menembak phutu phutu kachak.

*LAMA tak menghasilkan sesuatu dari tangan ciptaan Tuhan.

*LAMA tak bercinta dengan seekor panda jahat.

*LAMA tak merasa sakit dipijak sebiji gajah gemuk.

*LAMA tak sedarkan diri.


bukan salah panda jahat ataupun gajah gemuk.
ini pengalaman hidup.
Thank You Allah.

Monday, August 22, 2011

*pencapaian.hew.hew.

OH! sorry for being 'sedikit' emotional in previous entry.aku tak berniat mencarut, memaki, apatah lagi mengeluarkan kata kata kesat..

"untuk kau, i'm done.i know that you read my previous entry.thank you so much..aku sangat BERHARAP kau faham apa aku rasa.sebab kau juga perempuan bukan?" =)

ok.ok.thats not the main point yang gua nak belog kan.
ini adalah pencapaian hidup luar biasa setelah gua berjaya menghasilkan cupcake-kuci-kuci-cumil (CKKC) yang mendapat sambutan ramai sebelum ni.=D   *konon

kali ni gua telah berjaya menghasilkan kek-batik-kasih-sayang (KBKS) akibat permintaan yang tinggi.*kemain ayat tak nak kalah.-___-''
ok.ok.permintaan dari junjun demam kemain nak mengidam.

EH.pencapaian hidup tu.harus lah di belog kan.T__T


kemain susun nak amik gamba. =__=''

*koko.

"rupa tak menjamin rasa."
katakata semangat untuk diri sendiri.


*rasa-juga-tak-seburuk-rupa.
katakata semangat lagi.-___-''

kedekut gila hantar kat rumah junjun satu bekas kecik je.HAHA.


*sempat lagi mak junjun bagi komen.pheww.peluhpeluh.
**thumbs up kepada diri sendiri.yay.satu lagi pencapaian oleh tangan yang paling failed kalau kat dapur.

mission : complete!

msg! thank you makcik Sabariah.oh! kaka jugak. ^_^
msg! harapharap jangan lah kau nak mengidam mintak aku buat makanan yang pelikpelik b. T_T


Thursday, August 18, 2011

re-blog.

*terbaca tadi,

siapa wanita cantik?

SATU.Melukis kekuatan melalui masalah
DUA.Tersenyum saat tertekan
TIGA.Tertawa saat hati sedang menangis
EMPAT.Tabah di saat terhina
LIMA.Mempersona kerana memaafkan
ENAM.Mengasihi tanpa balasan
TUJUH.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

 kalau cantik dalam, insyaAllah cantik luar juga.




*aku belajar sesuatu : dont ever trust people.baik luar, belum tentu baik dalam.they might kill you ANYTIME.

thank you Allah.


Wednesday, August 17, 2011

hey,kau PEREMPUAN!

sorry. entry ini agak emo dan tak matang.tapi aku betulbetul perlu post ini untuk perempuan tak guna tu.

yup.gua betulbetul tengah hangin satu badan.

HEYY.untuk kau, PEREMPUAN tak guna..sebelum ni, aku respect kau..but now,kau buat TAIK hanjing kat aku.ok fine!

semoga kau baca carutan aku untuk kau ni PEREMPUAN!

dulu ayat kemain tak nak kalah..konon kau paling bagus sebab dapat buang orang dalam hidup kau kan?kan?KAN? KONON kau paling hebat dan macho. demmm.

jangan nak jilat ludah sendiri lah PEREMPUAN! kau tak payah nak terhegeh hegeh dekat orang yang kau dah buang dulu..tak payah nak tunjuk yang kau KONON KONON baik dan paling tak bersalah.

heyyy.jangan LOSER sangat lah KONON KONON nak datang, tak tahu tu, tak tahu ni..kau HEBAT kan? then..tak payah nak nampak desperate mengacau hidup orang lain..blah lah, go on with your life PEREMPUAN!

kau lah orang paling LOSER sebab jilat ludah kahak muntah sendiri..come LOSER! jilat tapak kasut aku dulu kalau kau berani.

untuk kau, PEREMPUAN..gua angkat jari TENGAH special kat muka kau.



# maaf kawankawan.aku emo.




Thursday, August 11, 2011

encik mail.

OH! what i've been done??

demm.dah seminggu menggunakan kaedah cuba jaya berusaha bersungguh sungguh untuk bukak email sendiri..yes..email sendiri.but IT DOESN'T WORK AT ALL!!

TAK mungkin gua boleh lupa password sendiri.TAK mungkin.

erghh.soalan apekah??

demm.memang gua ingat lah ape yang gua jawab dulu.*ntah betul ke tak ntah gua penah jawab soalan cenggitu. erghh. -_____-''

dear my lovely YAHOO mail, 
eventhough kau seperti 'hidup segan mati tak mahu',
but i still need you.
OH! pleaseeee.jiwa aku kacau.



msg! aku tak rindu kau.dan aku ok.
msg! aku tak bercakap dengan kau.dan aku ok.
msg! aku tak jumpa kau.dan aku ok.
msg! betul.aku ok. 


Wednesday, August 10, 2011

hey you.yes.kamu.

hai.lama tak berbelog secara serius lately..tak tahu kenapa..mungkin tandatanda awal menopause dapat dikesan pada peringkat awal.*tipu.

mungkin juga kehidupan aku tak berapa nak menarik kalau nak dibandingkan dengan hidup rakanrakan sebaya yang lain..that is why moral sedikit down untuk mengupdate belog. T_T

OH!
sejak menjadi stalker berjaya kebelakangan ini, i realised something.

"hey you.yes kamu."

what did you mean by upload your cutee face phutu then put a caption :

"mukew kitew bawu bangun titow.ta comeyy tapi comott kan??.weee"

then..tell me what did you expect people to comment?

"ehh.comeyy jeww.manew adew comott.weee."

ERGHH.seriously, aku tak muak dengan muka kau yang 'cumil gila' tu even kau upload seribu jenis mimik muka dan capture dari angle yang sama..the problem here is the caption.

kalau betul muka kau macam panda dari hutan tebal, then you should put that caption or leave it BLANK without any caption. T_T

tak ada salahnya nak upload beribu phutu cumil muka kau, but please.be honest to yourself people.if you are confident enough to show your 'panda face' to public, just do it or keep it yourself..tak perlu taip caption pelik  sampai nak kutuk muka sendiri itu dan ini.

please.hentikan penderaan mata aku dengan captioncaption kau yang pelik..semua ciptaan Allah itu cantik bukan? be grateful sayangs. grow up.


*i need a vacation..money, please come here babyyy. -___-''



Friday, August 5, 2011

share!

sumber.


Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai Allah daripada dua
titisan  dan dua bekas.Iaitu, titisan air mata kerana takut
kepadaNya dan titisan darah yang mengalir di jalanNya (jihad)......."
    
                                                            Hadis Riwayat At-Tarmidzi.



msg! Marilah menangis di dunia agar dapat tersenyum di akhirat kelak.InsyaAllah.




a week.

.................................................................................................................................................................





























OH! please.i want my life back.




Monday, July 25, 2011

benci mukus kejam. *emosi

mukus kejam sangat cemburu dan iri hati terhadap aku sejak kebelakangan ini.

kebencian terhadap mukus kejam semakin memuncak bila menyerang aku waktu malam.

mukus kejam tidak likat seperti kebiasaan.

walaupun cair, tapi ia sangat kejam.

kejam.kejam.kejam.kejam.kejam.

menggangu gugat waktu tidur aku.erghh.

Encik Mukus Kejam, sila jauhi aku kerana aku perlu tidur.


ya.selamat malam. -____-''

Tuesday, July 19, 2011

mission : animal faces.

Hello people!

*teruja.

dah berkurun lama tak menembak dengan serius.
yes.ini adalah percubaan pertama aku menembak muka haiwan.
forget about their body, just focus on their cuteeeee faces.
yup.mereka sangat cumil ok.


venue : Zoo Negara

actually, more than 300 phutu berjaya ditembak.tapi biasalah, gua kan amatur.tak boleh nak expect lebih ah.OH! thanx alot to my junjun yang kachak kerana membantu dalam misi kali ini *ceh.

*the most difficult part is the time when you want to focus on their face..haiwanhaiwan ni sangat lah tak reti nak bergambar duduk diamdiam macam perempuan cute cuba buat-bila-amik-gamba-untuk-profile-facebook.its true..kau perlu duduk diamdiam dan ready untuk shoot bila tiba masa yang sesuai..nak tau sesuai ke tidak, pandaipandai lah kau.


hee!

kurakura cumil.

kurakura kurang cumil.

wow.kachak bukan? 

hai.saya sangat cun, sila like saya. -___-''


auw.kemain garang.

OH! cukup.nanti muak dengan phutu typical banyakbanyak. -__-


i've learned something.thank you Allah.

next mission??


msg! tak kira berapa kali kena marah shoot phutu huduh. T_T
msg! ok.bye.

post office


-____-''





Tuesday, July 12, 2011

its hard.

dear blog,

sorry coz not update you for a long time.

its hard to explain why.

its hard to type even one word at this moment.

too much unforgettable things happen to me lately.

yes.thanx to people around me that make it happened.

thanx to you.YES.i mean you.

Alhamdulillah.thank you Allah.

''better keep silent rather than look stupid or annoying from what you are saying''



msg! tak semua benda perlu share bukan? hello.come on lah.live your life because you really love it.keep it in mind dah cukup.


OH! dah lama tak menghasilkan phutu tembakan tangan.T_T *rindu

album phutu basi : Sabah.
*click pada phutu jika rabun ayam.


bye.


Friday, June 24, 2011

its show time.

hujung minggu tak productive dimulakan dengan bangun pagi tengah hari dan angkat longgokan baju seminggu untuk dibasuh..tapi sidai belum tentu lagi. -__-

tembolok juga tak lupa untuk diisi full tank..tidak ketinggalan makanan ringan perlu disediakan agar katil kelihatan mewah dengan makanan.

selepas berada dalam keadaan paling bersedia mengambil posisi selesa atas katil-paling-empuk-empuk-bertemankan-patrick-pink, connect external gedabak amli JIWA ke laptop separuh abad, and "its show time bebeh!"

*silent mode is ON.

semoga aku tidak diganggu hari ini.


msg! masukmasuk dah kena sembur.demmm.
msg! frust gila punya babi sebab motor bakal overhaul lagi. T_T
msg! nyumnyum steambot.*free
msg! baik 3hari, gaduh..baik lagi 4hari.gaduh lagi.HAHA.*apekejadahnya.
msg! terimakasih junjun for that thingss.*cantek

Thursday, June 23, 2011

gembira untuk mereka yaww.

OH! minggu ni penuh dengan cerita gembira.

tahniah satu : untuk cousin chunn, Linda yang dah pregnant.WOW! *cepat.haha.

tahniah dua : untuk kawan yang tak berapa kenal, Ayu yang dah pregnant jugak.WOW! *hebat.haha.

rezeki Allah beri..Alhamdulillah..happy untuk mereka!yeayyyyy!!!

tadi online twitter... timah tweet,

-___-''
*sila tekan phutu lajulaju untuk lebih jelas.

perghhh! kemain tau timah ni..
request lah mende lain..HAHA.

*malu tau.
msg!salam takziah untuk Nina.be strong babe...al-Fatihah..
msg! junjun belikan kasut 'wanita'.HAHA
msg! bye!


Tuesday, June 21, 2011

share!

OH!  nothing much to say.



new vid from matluthfi.
HAPPY FATHER'S DAY!
peace yo.

msg! makan megi teringat Kolej Melati. :')
msg! yes.i do.tahun depan insyaAllah.
msg! overhaul lagi??? OH! T__T
msg! harihari pun 3g tau.kemain!

Saturday, June 11, 2011

thanx Melaka!

pheww.*penat

yupppp.penat gua masih tak hilang lagi hari ni..even gua dah ikut nasihat doktor pakar bahawa orang dewasa memerlukan kirakira 6jam untuk tidur dan kembali bertenaga..tapi apehal gua tak bertenaga lagi? oh! ya.mungkin sebab esok dah Isnin balik. T_T

by the way.this entry special to makcikmakcik dan pakcikpakcik kat Merlimau Melaka yang sambut kedatangan kami bagi pihak lelaki dengan makanannnnnn yang nyumnyum dan banyakkkkk.*oh! serius tak tau nak describe.ok.ini je ayat nak berterimakasih.ayat yang seterusnya, tak ada kaitan.

mari saksikan phutu bercerita.*oh! malangnya, i'm not the photographer on that day..sebab gua susah nak jalan kalau dah pakai heels.ape lagi kalau bawak beg camera bagai.erghhh.paham kan? =_= jadi, jangan muntah lah kalau entry ni penuh dengan phutu muka aku aje.



oh! muka teruja bangun awal..its 7am yo! dah dekat highway. -___-

bersama 'driver' yang HOT! =D


*sila jangan muntah kan sisasisa makanan kau di depan laptop selepas menonton phutu seterusnya. 

pasangan kesayangan satu.
PROFILE : sudah mempunyai hubungan yang halal beberapa tahun yang lepas.yeayy!

pasangan kesayangan dua.
PROFILE : sudah mempunyai hubungan separa kekeluargaan yang masih tidak disahkan.(tunang)
insyaAllah akan menjadi satu hubungan yang halal hujung tahun ini. weeee!

oh! ini tiada hubungan.*tengok tanda tu pun faham bukan? =D
PROFILE : tidak berdaftar.


*nikah. 

*makan beradab a.k.a makan mengadap ibubapa. T_T


♥ bersama pasangan senior. LOL

ok.bye!


msg! penat dibahan sehari suntuk.
msg! "kawan??" errr.........
msg! super8..gua tak fahammm.
msg! *penat.

Friday, June 10, 2011

tentang NAIMAH.

oh! mari bercerita tentang NAIMAH.

secara serius nya aku nak tekankan di sini bahawa office tempat aku habis kan masa 9jam setiap hari isnin sampai jumaat memang mungkin tak sama macam orang lain.sebab?

adanya NAIMAH.

NAIMAH ni masa mulamula aku datang office tu kemain belagak lagi panggil tak layan.bak kata orang bengang, "eleh.blagak.ingat cun sangat lah tu."

tapi aku rilek je..malas nak layan sangat species macam NAIMAH ni..selalunya orang tuatua cakap, kalau mulamula tak suka, nanti lamalama sayang.

hah.kira betul lah jugak teori makcikmakcik dulu.tengok je lah macam NAIMAH ni..baru seminggu aku kat situ dah kemain gatal nak manjemanje bagai dengan aku..mungkin sebab sifat penyayang aku ni sampai terpancar kat muka..tu yang tak perlu nak tunjuk sangat. -__-''

ni meja aku kat office.nampak tenang kalau NAIMAH tak datang.

tapi...


kalau NAIMAH datang, memang satu keje aku tak jadi.

betul..NAIMAH ni kalau lepak atas meja aku paling tak pun mesti nak setengah jam..mengada lebih..puas jugak aku turunkan, tapi kalau time gatal dia sampai, memang layan kan aje lah..cantik pulak tu duduk atas borangborang aku. T_T


berjanggut bermisai seminggu bersama NAIMAH.


oh! lupa.NAIMAH ni kucing peliharaan dan kesayangan masyarakat office aku..NAIMAH sangat bersih dan terjaga kesihatan nya..tapi yang penting NAIMAH ni dah dimandulkan dekat klinik haiwan bawah office tu..jadi tak perlu lah bersusah payah nak gatalgatal cari laki sebab dah confirm NAIMAH ni tak boleh mengandung.HAHA.

part yang paling best, kalau aku stress dengan kerja aku akan tarik ekor NAIMAH. *puas.


later!


msg! esok ke Melaka.rombongan kawen. weee!
msg! harapharap junjun tak kena bahan dgn pakcikpakcik aku esok. T_T
msg! penat.
msg! miss my niece.Farisha Al-Wani. :'(