Wednesday, February 23, 2011

oh! siti nur melati! (bahagian dua)

perghh.memang tak nak kalah siap ada entry bahagian dua bagai.niat dalam hati aku dulu memang tak rasa langsung nak sambung-episod-hati-kering duduk hostel-tahap-tak-kira-bintang a.k.a melati.

ok.mari berbangga dengan anugerah tatatertib aku buat kali ketiga sepanjang berada di uitm.shah alam.-___-''
kepada pembaca yang mungkin kau tak kenal siapa aku,sila jangan terlalu awal membuat assumption yang aku adalah seorang yang hebat.kalau kachak tak ape. T_T

mungkin kau akan cakap.
"apehal perempuan ni,nak bangga.kalau dapat anugerah dekan ok la jugak nak bangga."

ada juga yang mungkin ingin menambah...
"biasalah budakbudak jahat..memang macam tu.."

dan mungkin aku akan jawab..
"ceritatentangaku kan???bukan kau.jadi.sila diam." -___-

oh! aku nak flashback balik anugerah tatatertib yang pertama aku dapat.masa semester satu.hebat bukan?dah tentu anugerah bermakna ni datang dari kolej melati.(lihat tajuk).anugerah ni bukan semua gadis dalam melati akan dapat.eceh.gadis.T_T dulu masa sem satu,aku rasa aku lah gadis perempuan yang paling tak berkawan dalam dunia uitm.sebab tu banyak benda aku tak tau dan tak ada pulak intention nak tanya orang.ok.itu salah aku.
bercerita sikit pasal kolej melati ni.salah satu perkara keji yang dorang amal kan adalah mintak student bayar untuk setiap barang elektrik yang student bawak.satu kepala plug(untuk senang kira) harus lah dibayar dengan RM10.kau kira lah sendiri kalau dah aku bawak segala macam kepala plug untuk caj itu ini,laptop.tempat masak air ape ntah nama dia.bla bla bla.
nak dijadikan cerita.akibat kedaifan dan kenaifan aku masa sem satu dulu.aku buat keputusan sendiri nak bayar lambat sikit sebab aku memang keringkontang sampai nak makan pun tak cukup.ceceh.*ok.tipu.dengan usaha menabung untuk beberapa minggu.aku bayar jugak semua barang elektrik aku.tapi biasalah,dah terlambat.=__+ tak lama lepas tu, surat tatatertib sampai.lepas final hujung sem satu, aku masuk mahkamah melati dan kena saman lagi.even aku TAK salah.demmmm.

*terus berazam dalam hati,tak nak duduk melati lagi lepas ni. :'(


***************************************


bila dah insaf.sem dua.tiga.empat.tak ada masalah.sem lima aku masuk melati balik.


***************************************

nak dijadikan cerita.ada satu hujung minggu ni aku bawak kereta.baru lepas berjimbajimba.mungkin. sampai pintu pagar uitm, kutu guard ni tahan."student ke?tunjuk kad pelajar."
kalau kau kenal aku.kau akan tahu yang aku dulu seorang yang paling rajin pakai kad matrik harihari pergi kelas.tak pernah missed.betul.tapi hari tu nasib aku memang gila tak baik.aku tak bawak kad matrik.demmm again! terus dapat anugerah tatatertib yang kedua.
*aku yang harihari pakai kad matrik, tibatiba sekali tak bawak terus kena.kalau kau yang memang tak ada niat nak bawak langsung tu tak kena, macam mana pulak?? T_T

lepas kejadian tu.aku terus tak nak pakai kad matrik pergi kelas lagi. :'(


*********************************************


semalam pulak.balacibalaci melati datang buat hal lagi.nak buat spotcheck pulak time aku dengan roommate kesayangan tengah buat taik mata.*padahal awal lagi.persiapan untuk menyambut kedatangan balacibalaci ni
memang tak sempat nak prepare.tu lah.datang tak nak bagi tahu.T_T kalau tak.mungkin makanan akan disediakan.demmmm lagi.surat tatatertib aku yang ketiga mungkin akan sampai tak lama lagi.sebab satu bilik berani mam mengaku. "kami BELUM bayar lagi barang elektrik''(rujuk kes aku yang pertama). +__+. ok.pandaipandai lah kau salin nama yang ada kat pintu bilik tu.kalau surat tatatertib dah siap nanti jangan lupa hantar depan muka aku supaya aku boleh maki kau secara live dan pukal nanti. -__________-


*sekarang.hati terasa sungguh kering.tapi perasan tak, semua anugerah tatatertib aku dapat bila aku duduk melati?apehal?

...........kecewa.

dah cakap kan?


*bahan bukti. haha.
(tengah sibuk belek psp) T_T



msg! semua nak berebut pergi Sabah.-___-''
msg! driver separuh masa.
msg! kesian ajun botak demam.
msg! babe, tahniah.
msg! .............

Tuesday, February 22, 2011

lelaki aku sudah tiada rambut untuk disikat.

ya.selamat membaca entry-cekal-tabah dan penuh bersemangat aku kali ini.sedikit kekecewaan perlu diletakkan sedikit untuk menggambarkan hati seorang perempuan disini.hati aku.bukan kau.

"lelaki aku sudah tiada rambut untuk disikat." oh! ini kenyataan yang paling best nak terima bila tengoktengok kau dah botak wahai lelaki.T_T ya.cerita betul tanpa sebarang penipuan diselitkan.

aku paling tak suka lelaki tidak berambut.kau tahu itu.

terimakasih kerana botak kan kepala.sangat cumil aku tengok.bulat aje.betul.sangat cumil sampai aku speechless semalam. =_______=''

jadi,tiada lagi ajun gemok selepas ini.hanyalah ajun botak.

*rambut boleh tumbuh kan b??


...................................................... -___________- *sigh


msg! again.harapan mula menampakkan cahaya.
msg! macam mana nak mengundi?wallet tak bawak bhaiiii.
msg! test mode.

Monday, February 21, 2011

benci kasut.



entry kali ni sangat lah tak typical seperti entryentry lepas yang selalu nak cerita pasal-cinta-sedih-marah-sakit entah apeape.T_T

ini kisah kasut aku.bukan kamu.sebab.kau,sila jangan pelik.sebab aku tengah nak berkirakira cari kasut yang best.sebab aku sejenis makhluk Allah yang selalu akan salah pilih kasut untuk kaki aku.bukan kaki kau.macam phutu kasut kat atas.kasut ala perempuan typical yang bajet seperti kucikuci cumil tu memang bukan jiwa aku.bak kata orang."memang tak lah kan.?" tapi aku keringkan hati,pakai jugak.*kasut ni memang beli time jiwa kacau sebab kaki dah melecet gatal pakai wejes.(cumil nak eja macam tuh)-__-

oh!kasut hijau gila agak striking ni pulak kasut tak matang aku.biasalah.jiwa muda.warna pun mestilah nak muda kan?eh.kau fikir.nak pulak mak bapak kau pakai kasut yang dari jauh dah nampak memang tak sama dengan warna tudung kau tu?ha."memang tak lah kan.?'' kasut ni dah usang gila.bak kata orang kalau kau campak kat sungai Klang memang ikan tersembulsembul keluar kepala bernafas.T_T *kalau pakai kasut ni sekarang,mesti ada rasa nak bunuh diri.=___=''



hah.ini pulak satu lagi kasut.budakbudak bilik aku panggil ni kasut banjir.kasut pergi pasar.kasut menoreh getah.macammacam lagi lah.memang rare jugak lah kalau nak tengok orang pakai kasut ni.kalau kau ingat aku yang beli, "memang tak lah kan.?" T__T *oh.terima kasih kepada ajun gemok sebab kau belikan aku boot ni.memang boleh dipakai kemana sahaja bukan?huh.*naik emo bila fikir pasal kasut untuk kaki sendiri. -__-''

kesimpulan.aku nak kasut baru untuk kaki aku.bukan kamu.terima kasih.



Thursday, February 17, 2011

oh! siti nur melati!

 kisah benar,

18 February 2011,2pm.
 Friday.


oh! pertama kali update belog dekat melati.
yes.melati.hostel bertaraf-tak-terkira-bintang dia.T__T

sekarang ni hostel bertaraf-tak-terkira-bintang dia sangat lah gila panas.panas.panas.
betul.eh! mungkin sebab budakbudak hot duduk kat sini??



*status kesihatan sangat lah baik sebab even batuk-gila-paling-kuat dekat kelas tadi.-__-

msg! terimakasih kerana bubur percuma itu.hihi.
msg! main snuker lah lepas ni?? -___-
msg! nyah kau penyakit.
msg! later.

 

Wednesday, February 16, 2011

tidur adalah jalan terbaik.

d.e.m.a.m
d.e.m.a.m
d.e.m.a.m
d.e.m.a.m
d.e.m.a.m

*oh!hingus sangat banyak buat masa ni.T__T
*suara juga tidak seperti artis lagi.XD


jadi, TIDUR adalah jalan terbaikk!


Monday, February 14, 2011

Thanx.

Just wanna drop a special thanx to you here.yes.you.

thanx for all the things you gave me.

i don't have a point why you give me 'that' thing.EH.hari jadi aku lambat lagi lah!sangat gila kelakar sebab aku tak pernah dapat benda macam tu.*terlalu jamboo rasanya.T__T

yes.termasuk kasut 'banjir' itu.but seriously, i like that.

thanx again.

*pasal baju 'sarung bantal' tu.let me think again.nak pakai ke tak hah?? =___=''


LOVE,

Thursday, February 10, 2011

silent reader.

dear silent reader,

thanx to you.yes.you.silent reader.not you.si stalker.spent your time to read CeritaTentangAku.

sorry.if aku buat kau jelik dan muak dengan postpost aku sebelum ni.semua itu bukan nak buat kau teringat kisah lama atau sakit hati.ok.its true,CeritaTentangAku,bukan kamu.aku tidak sematang kau.tidak sepanas kau.tidak sehebat kau.juga tidak setanding kau.kau mungkin lain.

i don't know you.dan kau juga tak kenal aku.but i admit, i read your blog too babe. (:
kita bukan rival kan?perhaps.

ok.bye.

*semalam jumpa si cumil ini,bila nak dapat satu? =__=''




pengajaran : jangan cuak lebih.

hah.dah beberapa hari tak update belog mesti macam dah takde mood nak menaip.bukan setakat mood, tapi segala bagai bahasa ayat aku yang power rangers juga dah tak mengancam seperti dahulu.citt.

hari ni sangat dan teramat mencabar, juga tercabar gila babi akibat temperature kereta naik mendadak sehingga berasap dekat traffic light.T__T ok.cuak.cuak.cuak.

dalam hati."kalau lah terbakar boot depan ni aku tak sempat nak lari dan kereta terus meletup terbakar macam mane?" dalam otak pulak dah bayangkan macam dalam filem time hero lari dari kereta terbakar dan meletup lalu hero tercampak dengan bergaya.*jangan ingat bila cuak aku boleh berfikir dengan waras tahap tinggi.sebab macammacam boleh jadi.

OMG.temperature kali ni memang gila punya tahap kritikal sampai bunyi amaran dah keluar.cuak lagi.mengikut firasat ilmu di dada yang pernah aku belajar sikitsikit dulu, mungkin ini angkara air dah kering atau kipas radiator buat hal.

OMG.cuak lagi bila aku sedar hanyalah aku yang bernyawa dalam kereta.-___- dengan gelabah ayam cepatcepat brenti dekat shell, matikan enjin, bukak boot depan, keluar kereta dan terus kedepan kereta sambil membongkok usha bahagian enjin dengan gaya kachak.mutu. dan keunggulan.perghh.(cerita mesti nak ada gaya dan gambaran supaya cerita dapat sampai kepada pembaca dengan berkesan) =___=

tapi selamat ada Clark Kent datang tadi tolong selamatkan keadaan.tak.i mean, siti nur ajun gemok datang dan memberi semangat untuk aku teruskan perjalanan ke bengkel kereta.ok.hero juga tak dapat nak tolong ape sebab busy kerja.fine.fine.tapi dia dapat detect yang kipas radiator tak pusing.jadi.untuk mengelakkan enjin panas melampau, sila jangan berhenti.maksudnya, kau kena drive lajulaju dalam keadaan tenang tanpa berhenti terus menuju ke bengkel kereta.

yes.satu lagi pencapaian hidup sebab dalam cuakcuak ni pun, sampai jugak dekat bengkel.yes.two thumbs up kepada diri sendiri.padahal mase on the way tu, tiap kali kat traffic light,dalam hati mesti berdoa supaya lampu hijau terus supaya kereta tak perlu berhenti dan buat temperature naik secara terpaksa.=__+ sangatlah tak best.T___T

*sampai bengkel, tunggu sampai 2jam lebih nak betulkan kipas radiator. -_________-''
*terimakasih bro sebab bagi air teh ais tadi.haha.

later.


msg! terimakasih kepada semua yang membantu.bantuan anda amatlah dihargai.
msg! hah.
msg! sape kol aku tadi?seorang perempuan,panggil aku,dan letak terus hp.private no.hmmphh.
msg! kau sangat cool beb timetime aku cuak lebih.

Saturday, February 5, 2011

cupcake kucikuci cumil 2.

atas permintaan ramai peminat nak rase cupcake kucikuci cumil (ckkc) aku, maka dengan lastlast minute punye gelabah ayam pergi dapur cepatcepat siapkan bahan untuk bakar cupcake kucikuci cumil.bunyi sangat bersemangat.T_T *tipu

esok memang tak sabar nak balik kolej.*tangan dibahu, sambil mata pandang ke atas. -_____-''

*untuk mereka kesayangan aku.
sorry ajun.untuk kau takde b.

sayonara~ja mata.

msg! malas mao balik kolejjjjjj.
msg! harihari makan ayam mcD.gemuklah kau nanti b.
msg! thanx 4 d beautiful blouse
msg! pay for nothing??citt!
msg! jiwa kelajuan.

.

get busy.

hari ni.hari sabtu.ok.sabtu weyh.sila sedar hari ini hari sabtu Fazilla Shabereet! hah.masa cuti memang mencemburui aku.tak,i mean aku memang tak cukup kalau dapat cuti seminggu.

minggu lepas, orang lain start cuti hari jumaat dah balik rumah, aku boleh bantai lepaklepak balik hari ahad.biasa ahhh.."rumah dekat je pon kan.." betul. memang dekat. T_T but it really worth to me sebab pergi pikunikku dekat Kalumpang Resort a.k.a *KulempangKau Resort bersama mereka kesayangan aku.ok.ok.pikunikku tu dalam bahasa Jawa a.k.a Japoon yang memberi maksud-paling-senang-kau-nak-teka, picnic.atau dalam bahasa lebih kucikuci cumil, berkelah.perghh.
*semua phutu dah upload kat mukabuku.
ini phutu terbaik aku.dan kamu.

"akak, kenapa air ni sejuk sangat..??'' T_T

;))))

*kesayangan aku.sorry kaka.kau sibuk kira duit dalam kereta time ni.T_T

hari khamis ikut makbapak pergi meminang anak dara orang.oh!ok.ini part paling tak best sebab kena terpaksa berlagak behave seperti perempuan-jawa-paling-cun-kat-tanah-melayu. =__+
tak lama lagi dapat lagi ipar baru lagi.baiklah.selamat datang ipar baru.semoga keterujaan kau,akan berterusan.on the road balik dari Melaka juga menjadi part paling tak best sebab jalantinggi a.k.a highway gila jemmm demmm.aku naik gila meroyan duduk dalam kereta dengan kelajuan 1km SEJAM.teruji tahap kesabaran aku kali ni.T_T bekalan Nikon ajun gemok yang aku bawak ke mana saja buat aku gila menembak semua yang ada kat sekeliling.ini hasil kegilaan aku.

simpang Senawang.


tadi dah bayar bil celcom.dah cuci kereta.balikbalik terus hujan.ok.best.bertambah 'bersih' kereta akak aku.T_T


dah berkurun kene bar.T_T

*cupcake kucikuci cumil untuk mereka kesayangan aku dan kau on process.
*assignment nak buat jugak.baju tak kemas lagi.T_T

bye!*oh.kami dah rujuk.

msg! busy again!

Thursday, February 3, 2011

please.don't put the blame on me.

yes.everyone make mistakes.
aku juga.
please.don't put the blame on me.
aku cuba memperbaiki diri.
 too much mistakes i did this week.
really.it was unintentionally.
maaf. :'(

msg!banyak benda nak kene buat.-___-''
msg!tiada masa untuk melepak dan berpoyopoyo lagi.=____=''
msg!thanx kerana semua itu.
msg!yes.kita masih berkawan babe.aku pegang itu.kawan sampai mati.
msg!tengah gelabah ayam siapkan assignment.T_T
msg!duduk rumah diamdiam.

Wednesday, February 2, 2011

5minit.

morning world.ok.sangat tak teruja pon bangun pagpagi buta nak bersiap pakai baju kurung.T_T
oh! i'm going to Malacca jap lagi.again,not excited at all.-__- yes.i mean it.

just wanna drop a few things here.

one.sorry again.again.and,yes.again.to my besttestttt friend.Badariah Nabilah and Ilani coz what happen last night.i'm really sorry about that babe.and.i promise, i will not happen again.it's my fault.my bad. :'(  to bada, i need to see you again before you go back to Kelantan babe. T_T


two.salam takziah to my bestttttesttt friend.Syafiqah.Her atok passed away this morning.a year after her beloved mom.al-Fatihah....

*ok.nak mandi.mak aku dah nak pecahkan pintu bilik dah ni.=____=''

later.maybe???

Tuesday, February 1, 2011

ini kisah benar.

"pukul 2030, dekat kedai kopi, Shah Alam."

"ok."

tepat pukul 8.30 aku sampai.fuhh.gila punctuality aku paling teruji ah tyme ni.sumpah tak pernah aku se'punctual' sebegini.betul.ini kisah benar.biasalah kalau dah janji Melayu, kau akan sampai paling awal pun mesti satu jam lambat atau tak datang langsung.=__='' oh! ini mungkin sebab nak selesai kan masalah rumah tangga dengan ajun gemok yang dah seminggu terbengkalai.tu lah.gaduh la lagi ye.T_T

kali ni bukan ke'punctuality' aku je yang teruji, tapi tahap kesabaran dan kegagahan aku jugak.macam biasa, janji Melayu.Ajun gemok datang setengah jam lambat.aku naik marah balik even dah seminggu lepas gaduh.ok.ok.kali ni tahap sabar aku memang teruji.aku terus amik belekberiberi dalam beg kat tepi, layan game mahjong dulu.tahap kesabaran kali ni dah di convert ke tahap fokus bermain game.betul.ini mungkin salah satu cara untuk hilangkan bosan tunggu Melayu yang suka berjanji-tapi-datang-lambat jugak.jadi.kau juga boleh cuba cara aku.

bila game mahjong aku dah sampai stage 3 yang tak pernah aku sampai sebelum ni.rasa bangga dan riak mula meningkat.-__-'' tak.maksud aku, bila dah sampai stage 3 aku memang tak suka diganggu dengan masalah dunia lain.tahap fokus perlu ditingkatkan.tapi malangnya, time tu jugak lah ajun gemok datang tibatiba ketuk cermin kereta.dalam hati aku..."what the....." -____-''

ok.ok.part selepas ajun gemok datang tak payah lah aku nak cerita.memang tahap disaster paling maximum.

biasalah......masalah rumah tangga. =___=

bila segala masalah dah diselesaikan secara jahat, (sila berfikiran baik) maksud aku, segala ketidakpuasan hati yang terbuku dalam hati sampai tebal dah macam buku FRS dah dikeluarkan sampai orang sekeliling pun boleh dengar.segala tenaga menjerit.memaki dan mencarut memang dah habis.

ok.kami rujuk semula.(sumpah.dengan cara paling-gila-romantik-shial)tak.aku tipu.


ini kisah benar.kedai kopi bukanlah tempat makan sebenarnya.kedai kopi memang menyediakan khidmat untuk pasangan boboy dan gigirl untuk bergaduh sampai semua masalah rumah tangga selesai.dan kemudian, kau boleh berambus dan makan kat kedai lain.

drive kereta menuju ke Wak Dol sebab tibatiba perut aku memang laparkan nasi-lemak-yang-pernah-tak-sampai-even-dah-order dulu.bukan main panjang name nasi lemak tu.ok.make it short.''NLYPTSEDO.''
paling terharu bila kali ni aku order, NLYPTSEDO kali ni sampai pulak.sedap.memang licin.dah kenyang, lepas ni boleh gaduh balik. bila NLYPTSEDO ni cukup baik rasenye, air dia pulak buat hal.teh o limau suam kau wahai Wak Dol sungguh masam.dengan erti kata lain, "baik kau ambik limau tu dan cucuk straw, serve kat aku."

dah pukul 11, balik rumah dengan hati bertaman.pergh.(dah mula dah ayat berbunga)

tak sempat ayat berbunga nak keluar.sampaisampai rumah, perut dah mula menggelegak gila vavi.ini kisah benar.sampai tak tidur malam duduk bertapa dalam toilet.cukup teruji iman aku kali ni.T_T

*tibatiba teringat yang aku makan NLYPTSEDO kat Wak Dol.mungkin kah dia penyebab?arghhh!



msg! kaka, mimpi aku betulbetul rupanya.
msg! nak lepak dengan rainbow sayeee.*serius!
msg! yeay.bil dah bayar.