Saturday, December 21, 2013

Entry untuk Suami,




Dear Husband, (konon dengan nada romantik malam pertama)HAHA.

SATU, terimakasih dengan jayanya kerana telah menerima akad nikah yang mengikat hubungan menjadi yang halal, lagi meyakinkan.

DUA, terimakasih dengan jayanya kerana telah menerima dengan paling gembira dan bahagia seorang perempuan yang paling degil dan kayu dalam dunia sebagai isteri, dan teman gusti.

TIGA, terimakasih dengan jayanya kerana telah menjadi suami paling contoh dan sentiasa berusaha menerapkan segala macam nilai murni kepada perempuan ini, isteri, supaya menjadi paling mendengar kata juga faham bahasa.

EMPAT, terimakasih dengan jayanya kerana sentiasa menjaga dan memberi semangat dikala dugaan dan ujian melanda, tak kira siang, juga tengah malam, sentiasa ada untuk isteri dia.

LIMA, tak ada.tak ada kata yang boleh ditukar dengan segala macam rasa yang ada dalam hati, untuk suami.

Semoga Allah kekalkan hubungan ini, sampai mati, InsyaAllah Jannah menanti.Gitewww :)